{"id":164222,"date":"2022-10-23T11:09:00","date_gmt":"2022-10-23T03:09:00","guid":{"rendered":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/?p=164222"},"modified":"2025-01-02T06:53:41","modified_gmt":"2025-01-02T06:53:41","slug":"seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/","title":{"rendered":"Seorang daripada 19 orang wanita di Malaysia dijangka hidap kanser payudara"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KANSER<\/strong>&nbsp;payudara merupakan salah satu daripada penyakit yang menjadi ketakutan dalam kalangan wanita di seluruh dunia, kata&nbsp;<em>American Cancer Society<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masakan tidak, di Amerika Syarikat, setiap dua minit seorang wanita didiagnosis dengan kanser tersebut.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada tahun ini, kira-kira 1.9 juta kes berlaku dengan 609,360 kematian dicatatkan.<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu,&nbsp;<em>National Breast Cancer Foudation<\/em>&nbsp;pula merekodkan sebanyak 287,500 kes kanser payudara invasif (merebak) dan 51,400 kes kanser payudara bukan invasif (in situ) dengan kadar survival relatif untuk lima tahun adalah 99 peratus!<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-1.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Leeloo Thefirst\u00a9\u00a0Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164233\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Leeloo Thefirst\u00a9&nbsp;Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Situasi di Malaysia juga agak menggerunkan. Menerusi perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, seorang daripada 19 orang wanita akan menghidapi kanser payudara dan sebanyak 43 peratus daripada jumlah itu hidap barah tahap 3 dan 4.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mengulas lanjut mengenai kanser payudara, SinarPlus mewawancara<strong>&nbsp;Pakar Bedah Am, Hospital KPJ Ipoh, Perak, Dr Basel Ebernesan Noel Arputharaj.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Dr Basel Ebernesan, bilangan pesakit kanser tersebut dengan jelas menunjukkan corak atau trend yang semakin merisaukan. Namun, sayangnya kesedaran orang ramai masih lagi rendah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr?fullscreen=true#image=2\"><\/a><a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr?fullscreen=true#image=2\"><\/a><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-2.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Anna Tarazevich\u00a9 Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164232\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Anna Tarazevich\u00a9 Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau kemudian mengambil perbandingan statistik pada tahun 2007 hingga 2011 dan 2012 hingga 2016.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDalam tempoh 2007 hingga 2012, sebanyak 23 peratus penghidap barah telah didiagnosis pada tahap 3, manakala 20 peratus pada tahap 4.<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAngka itu semakin meningkat dalam tempoh 2012 hingga 2016 yang menyaksikan sebanyak 25 peratus pesakit berada pada tahap 3 dan 23 peratus pada tahap 4,\u201c kongsinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan sekadar ketulan<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjelaskan lebih lanjut, pakar berkenaan berkata, lebih 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit kanser menghidap barah jenis&nbsp;<em>Invasive Ductal Carcinoma<\/em>&nbsp;atau&nbsp;<em>Infiltrating Ductal Carcinoma<\/em>&nbsp;(IDC), termasuk&nbsp;<em>Ductal Carcinoma In Situ<\/em>&nbsp;dan&nbsp;<em>Intraular Lobular Carsinoma<\/em>&nbsp;(ILC) mencecah 6 peratus.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-3.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-164231\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Leeloo Thefirst\u00a9&nbsp;Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">IDC adalah jenis kanser payudara yang paling umum terjadi. Ia bermula dari saluran susu, kemudian menerobos ke dinding saluran tersebut sebelum menyerang jaringan payudara lain yang berdekatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara ILC pula berkembang pertama kali pada lobulus buah dada atau jaringan produksi susu. Selepas itu, sel kanser akan memasuki jaringan payudara dan organ lain di sekitarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Dr Basel Ebernesan, permulaan kepada barah adalah disebabkan oleh kelenjar susu dan sel akan berubah daripada normal kepada abnormal.<a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr?fullscreen=true#image=4\"><\/a><a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr?fullscreen=true#image=4\"><\/a><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-4.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Leeloo Thefirst\u00a9 Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164230\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Leeloo Thefirst\u00a9 Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata beliau lagi, sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit itu. Pun demikian, risikonya akan meningkat sekiranya individu-individu tertentu memiliki ciri-ciri berikut:<a href=\"https:\/\/popup.taboola.com\/en\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\"><\/a><\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Terdedah kepada hormon yang begitu lama atau umur semakin meningkat: Mereka yang berada dalam kategori ini banyak terdedah kepada hormon estrogen, sekali gus meningkatkan risiko kepada barah.<\/li>\n\n\n\n<li>Genetik: Sekiranya seseorang mempunyai sejarah penyakit keluarga yang turut memiliki kanser payudara, mereka mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk hidap barah berkenaan.<\/li>\n\n\n\n<li>Pengambilan pil hormon bagi mereka yang sudah menopaus dan obesiti: Pendekatan sedemikian dan berat badan berlebihan akan merangsang kepada penghasilan hormon estrogen yang boleh memicu kanser.<\/li>\n\n\n\n<li>Penyusuan susu ibu: Individu yang kurang menyusukan anak mempunyai risiko untuk hidap barah payudara lebih tinggi berbanding mereka yang kerap menyusukan anak. Ini kerana ketika proses penyusuan, hormon wanita pada ketika itu rendah.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr?fullscreen=true#image=5\"><\/a><a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr?fullscreen=true#image=5\"><\/a><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-5.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Anna Tarazevich\u00a9 Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164229\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Anna Tarazevich\u00a9 Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengenai simptom-simptom yang perlu diawasi, Dr Basel Ebernesan berkata, kanser tidak hanya merujuk kepada ketulan pada payudara sahaja. Ia boleh tercetus atas beberapa faktor iaitu:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Timbul ketulan pada ketiak.<\/li>\n\n\n\n<li>Keluarnya cecair atau darah pada puting.<\/li>\n\n\n\n<li>Berlakunya perubahan kepada bentuk payudara seperti adanya lekuk dan kulit tertarik ke dalam.<\/li>\n\n\n\n<li>Kulit payudara bertukar menjadi warna merah, tebal dan seolah-olah menyerupai kulit buah oren.<\/li>\n\n\n\n<li>Puting susu ke dalam.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SinarPlus kemudian menemubual P<strong>engurus Besar Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri, Johor, Dr Ding Eng Li.<\/strong><a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr?fullscreen=true#image=6\"><\/a><a href=\"https:\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr?fullscreen=true#image=6\"><\/a><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-6.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Alex Green\u00a9 Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164228\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Alex Green\u00a9 Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbicara lanjut, Dr Eng Li berkata, untuk menentukan tahap seseorang menderita kanser payudara, ia boleh dilihat menerusi beberapa aspek:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahap 1: Adanya ketulan yang saiznya kurang 2 sentimeter (sm).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahap 2: Saiz ketulan di antara 2 hingga 5sm.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahap 3: Saiz ketulan melebihi 5sm dan ia kemungkinan merebak kepada nodus limfa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahap 4: Sel kanser telah merebak ke bahagian organ yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari satu sudut, beritahu beliau, kadar kelangsungan hidup pesakit adalah berbeza-beza mengikut tahap diagnosis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelazimannya, pesakit yang menghidap kanser tahap 1 dan 2 mempunyai kebolehupayaan meneruskan hidup dalam tempoh lima tahun adalah lebih 80 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara mereka yang berada pada tahap 3 dan 4, kadar kelangsungan hidup lebih rendah, ujar Dr Eng Li.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-7.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Thirdman\u00a9 Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164227\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Thirdman\u00a9 Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIngin saya jelaskan, kebanyakan pesakit kanser tahap 4 yang memiliki peluang untuk meneruskan hidup dalam tempoh lima tahun adalah sebanyak 23.3 peratus,\u201c terangnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Agen pencetus kanser<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sukar untuk menolak bahawa aspek pemakanan dan gaya hidup sangat mempengaruhi kebanyakan penyakit yang dideritai manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk kanser, Dr Eng Li mengingatkan orang ramai untuk mengehadkan pengambilan makanan dan bahan yang mengandungi karsinogen.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-8.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Valeria Boltneva\u00a9 Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164226\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Valeria Boltneva\u00a9 Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKarsinogen merupakan agen pencetus kanser dan sifatnya boleh merosakan DNA atau menyebabkan mutasi. Ia tidak hanya khusus kepada barah payudara sahaja, tetapi semua penyakit kanser.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUntuk pengetahuan umum, bahan mentah yang diproses seperti daging burger, nuget dan sosej mempunyai karsinogen, termasuk makanan yang dipanggang atau dibakar terlalu garing sehingga permukaan daging menjadi hangus,\u201c katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjawab pertanyaan tentang rawatan kanser, beliau berkata, ia juga bergantung kepada tahap pesakit didiagnosis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSekiranya pesakit alami ketulan pada payudara, langkah pertama adalah dengan melakukan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-9.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Vidal Balielo Jr.\u00a9 Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164225\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Vidal Balielo Jr.\u00a9 Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPun demikian, jika kanser telah merebak secara meluas, pesakit mungkin terpaksa menjalani pembedahan membuang keseluruhan payudara dan kaedah kimoterapi serta radioterapi juga akan diimplemenkan,\u201c tuturnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu,&nbsp;<em>Centres of Disease Control &amp; Prevention<\/em>&nbsp;(CDC) berkata, kanser payudara boleh dirawat menerusi beberapa metodologi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIa (rawatan) mengambil kira kepada jenis barah yang dialami pesakit dan sejauhmana ia telah merebak. Individu yang menghidap kanser payudara selalunya mendapat lebih daripada satu jenis rawatan,\u201c kata laman web perubatan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">CDC menyenaraikan beberapa pendekatan:<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara-10.jpeg\" alt=\"Kredit foto: Alex Negroe\u00a9 Provided by Sinar Plus\" class=\"wp-image-164224\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kredit foto: Alex Negroe\u00a9 Provided by Sinar Plus<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Pembedahan: Antaranya seperti mastectomy (pembedahan yang dilakukan untuk membuang semua tisu payudara daripada buah dada untuk merawat atau mencegah kanser) dan lumpectomy (pembedahan yang bertujuan untuk membuang tisu kanser pada payudara pesakit).<\/li>\n\n\n\n<li>Kemoterapi: Menggunakan ubat khas untuk mengecutkan atau membunuh sel kanser.<\/li>\n\n\n\n<li>Terapi hormon: Terapi jenis ini akan menghentikan hormon daripada melekat pada reseptor yang terdapat pada sel kanser. Teknik tersebut digalakkan untuk pesakit yang mempunyai tumor reseptor positif hormon.<\/li>\n\n\n\n<li>Terapi biologi: \u2018Berkerja\u2018 dengan sistem imun badan pesakit dalam membantu melawan sel kanser atau mengawal kesan sampingan daripada rawatan kanser lain.<\/li>\n\n\n\n<li>Terapi radiasi: Menggunakan sinaran bertenaga tinggi (serupa dengan sinar-X) untuk membunuh sel-sel kanser<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Source: <a href=\"\/\/www.msn.com\/en-my\/news\/hiburan\/seorang-daripada-19-orang-wanita-di-malaysia-dijangka-hidap-kanser-payudara\/ar-AA13gLyr\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">MSN<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KANSER&nbsp;payudara merupakan salah satu daripada penyakit yang menjadi ketakutan dalam kalangan wanita di seluruh dunia, kata&nbsp;American Cancer Society. Masakan tidak, di Amerika Syarikat, setiap dua minit seorang wanita didiagnosis dengan kanser tersebut. Pada tahun ini, kira-kira 1.9 juta kes berlaku dengan 609,360 kematian dicatatkan. Sementara itu,&nbsp;National Breast Cancer Foudation&nbsp;pula merekodkan sebanyak 287,500 kes kanser payudara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":164233,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[36,29],"tags":[],"class_list":["post-164222","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-2022-media-coverage","category-media-coverage"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/164222","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=164222"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/164222\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":188358,"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/164222\/revisions\/188358"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=164222"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=164222"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/empowerenglish.edu.vn\/mhtc\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=164222"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}